Wednesday, January 15, 2014

salam semua.....

Assalamualaikum.. lame jgk tak update blog ni..mudah-mudahan ada laa ilmu yg kita boleh share lagi yer...tq...

Monday, October 11, 2010

Ilmu Dalam Pelaburan Emas

Assalamualaikum dan salam bakal jutawan..

Hari ini saya telah bertemu dengan salah seorang master dealer yang boleh dikatakan sifu dalam pelaburan emas ini.Setelah kami berbincang dari pelbagai aspek seperti relevannya pelaburan emas di Malaysia dan negara lain,pasang surut pelaburan emas,risiko/keburukan dan kebaikkan emas,teknik yang sudah banyak diperkenalkan dan diguna pakai,pajakan dan berbagai-bagai lagi.dari perbincangan itu dapat saya rumuskan disini tentang beberapa perkara yang perlu ada pada setiap pelabur :-

1.Pemikiran Analisis dan Kreatif
2.Keberanian Dalam Menghadapi Kegagalan
3.Sikap Kerjasama Dalam Pasukan
4.Pembelajaran Yang berterusan
5.Bijak Menggunakan Peluang
6.Skill Dalam Pelaburan
7.Komunikasi Yang Berkesan

Tetapi semua ini tidak akan datang dengan jalan mudah dan singkat.Ianya memerlukan anda berusaha dalam memantapkan diri unuk menjadi seorang pelabur yang bijak.Justeru itu,kekuatan yang ada pada seseorang pelabur itu terletak pada Ilmu yang perlu dikuasai untuk merealisasikan kejayaan yang diimpikan.Carilah SIFU yang betul-betul boleh membimbing anda dalam membantu anda terus SUKSES.

Apa yang anda tunggu lagi?

BUKAN KUANTITI YANG MENJADI UKURAN TETAPI APAKAH TINDAKAN ANDA YANG PERLU DIRENUNGKAN.BAK KATA PEPATAH PERAHU SUDAH DIAIR,PENDAYUNG SUDAH DITANGAN..JADI APA YANG ANDA TUNGGU?

Saturday, October 9, 2010

TIPS DALAM MENCERGASKAN OTAK

Otak manusia pada dasarnya merupakan komputer biologi.Ia memerlukan makanan, oksigen, dan ia juga perlu latihan.Korang dapat melakukan beberapa hal untuk meningkatkan kekuatan otak dengan melatihnya,atau memanipulasinya.

Tip di bawah ini mungkin akan membuatkan otak korang bekerja lebih baik.

1. Ambil dosis EPA secukupnya

EPA adalah bahan kimia dalam minyak ikan yang merupakan makanan bagi otak, setiap orang pasti sudah mengetahuinya.Kajian menunjukan bahawa minyak ikan dapat memberikan peningkatan aktiviti pada otak, melancarkan peredaran darah, dan meningkatkan daya ingatan kita.

2. Seks secara terancang

Melakukan seks dapat melepaskan kimia yang dapat meningkatkan kekuatan otak menurut buku Teach yourself Training your brain yang ditulis oleh pengajar senior dan seorang ahli biologi. Seks adalah bentuk sempurna dari latihan, yang juga meningkatkan peredaran darah ke otak. Ia dapat mengurangkan stress dan ketegangan yang menurunkan efisiensi kinerja otak.

3. Buat teka teki

Teka-teki silang, Sudoku atau yang lainnya dapat membuat otak korang tetap pada kondisi terbaik. Sama seperti otot, jika korang tidak berlatih secara reguler, ia akan kehilangan kemampuannya untuk bekerja secara maksima.

4. Berjalan kaki

Tidak ada yang dapat mengalahkan udara segar yang dapat menyegarkan pikiran. Berjalan di bandar, dekat sungai atau di taman akan membantu korang menyingkirkan awan kelabu dan membantu pikiran korang lebih 'jernih.'

5. Ketawa/Senyum

Ketawa bukan saja merupakan ubat terbaik, ia juga dapat meningkatkan fungsi otak dan menstimulasi kedua sisi otak.Pastikan korang ketawa setiap hari yer.Lagipun senyum itu sedekah

6. berfikiran Kreatif

Melukis atau pelajari alat musik yang baru dapat menyebabkan korang berfikir lebih cepat dan Kreatif.jadi,kalau korang minat muzik,selalu2 kanlah pergi Jamming

7. Berhubungan dengan sifat Keanak-Anakan

Einstein pernah berkata bahawa imaginasi lebih penting daripada pengetahuan dan ia menggunakannya pada beberapa eksperimen yang akhirnya menemui perhitungan paling terkenal sepanjang masa (E=MC2).

Cuba kita lihat anak-anak, mereka penuh dengan imaginasi, dan mereka belajar lebih banyak pada tahun-tahun awal kehidupan mereka lebih daripada apa yang kita pelajari selama satu dekad. Bebaskan pikiran korang dari penjara pikiran 'seorang dewasa' dan kamu akan temui jalannya.

APAKAH HUKUM PELABURAN EMAS DAN PERAK?

Assalamualaikum dan salam bakal jutawan kepada semua pembaca.pastinya ramai yang tertanya-tanya tentang hukum pelaburan emas dan perak kan.Disini saya sertakan pendapat dari salah seorang yang boleh dipercayai.Ust Zaharuddin juga ade memberi komen mengenai pelaburan di dalam Akbar Berita Harian.

Hukum Akaun Pelaburan Emas di Bank Malaysia

Soalan 1

Assalamualaikum UZAR, Saya nak kepastian dari UZAR mengenai masalah berikut:

Bagaimana pula pelaburan emas Kijang emas yang telah diperkenalkan oleh Maybank? Bagaimana cara selamat mengikut undang-undang Syariah untuk membeli dan melabur gold tersebut? Sila masuk ke maybank2u.com Terima kasih.

Akaun Pelaburan Emas di Maybank atau Public Bank - Pelaburan di Maybank jika mahu boleh dapatkan emasnya tapi di Public Bank tak pasti emasnya boleh dikeluarkan (Tiada yang sumber memastikan yang emas di PB boleh dikeluarkan). Jika mereka dagangkan hanya berdasarkan harga sahaja adakah ianya SAH disegi Islam?

Soalan 2

Saya telah membuat panggilan telefon (Public Bank customer service 1800883323) untuk mengetahui cara-cara urusniaga pelaburan akuan emas ini.

Dari maklumbalas yang diberikan ialah:

Jualbeli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas fizikal.

Keuntungan pelaburan adalah dari perbezaan harga beli dan jual.

Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada emas yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian emas secara fizikal tetapi mungkin tahun depan.

Bagaimana pula Maybank yang Emasnya boleh diperolehi jika ada permintaan.

Minta komen ustaz kerana ramai pengguna-pengguna Islam terkeliru diatas pelaburan ini yang dianjurkan oleh institusi yang disahkan oleh kerajaan.



JAWAPAN


Tidak dinafikan, tatkala nilai matawang USD dan lain-lain semakin tidak menentu ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan positif menurut banyak pendapat. Ini mungkin disebabkan emas yang mempunyai nilai lebih stabil berbanding matawang kertas ( paper or fiat money), ditambah pula dengan permintaan emas yang sentiasa ada.

Bagi mengulas isu yang ditanyakan, setelah merujuk dan melakukan pembacaan maklumat dari web bank yang terbabit, saya berpendapat seperti berikut :-

Apabila seseorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, ia beerti ia bersetuju untuk membeli emas, simpan dan mungkin menjualnya apabila harga emas meningkat.

Oleh kerana itu, hukum bagi sebarang jenis akaun pelaburan jenis emas ini bergantung kepada beberapa keadaan, bagi memberikan sedikit kefahaman kepada pembaca berkenaan keadaan-keadaan berbeza ini, ia adalah seperti berikut :-

• HARAM DAN BATAL : Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis' (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepada Riba an-Nasiah.

Kesimpulan ; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.

• HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika membuka akaun pelaburan emas itu.

Sebagai contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram dan memulkana akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau ‘concluded'. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf' (hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya padabila-bila masa yang dikehendakinya).

• HALAL DAN SAH :

Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memeastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :-

a. Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.

b. Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil ha milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma'nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191)




DALAM KES AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK ?

Setelah melihat serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank terbabit melalui web mereka. Saya kira Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang HALAL dengan TIGA lagi syarat tambahan lagi, iaitu :

1- JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKTIVTI RIBA : mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada simpanannya bagi pihak pelanggan tadi TIDAK digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka. Justeru, satu jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah diperolehi sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank berkenaan.

Apabila kita menyimpan emas fizikal yang telah kita beli di bank tersebut, aqad simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah jenis aqadnya? Adakah ia Wadiah? atau Qard dan sebagainya.

2- JUMLAH EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI : Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.

Maksud saya, sebagai contoh : Bank mempunyai 100 kilo emas sahaja, dalam masa yang sama (satu waktu), 100 kilo emas itu digunakan untuk dua atau lebih pelanggan yang berlainan.

Pelanggan Ahmad membeli 100 kilo emas pada jam 2.30 petang, demikian juga sdr Ah Chong tepat jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di kaunter berlainan, padahal bank hanya mempunyai 100 kilo emas sahaja. Tatkala itu, transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama sahaja yang sah.


3- CARA PEMBAYARAN YANG HALAL : Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula WAJIBLAH menggunakan sama ada tunai, debit akaun sertamerta, kad debit dan kad kredit Islam bank tempatan, cek tempatan.

Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih 3 hari untuk settlement adalah TERLARANG menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.

Mengapa 3 hari? ia adalah tempoh maksimum menurut ‘uruf bagi memastikan syarat ‘Taqabud fil hal' tercapai, ia adalah fatwa yang dipetik dari pandangan Mazhab Maliki dan juga fatwa kebanyakan ulama fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah.

4- PEMEGANG AKAUN PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT : Apabila cukup hawl atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram. Untuk kira-kira buka di sini.

Namun akaun pelaburan Public Bank saya kurang pasti kerana tidak dinyatakan sama ada sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan beliau telah menelefon pihak bank dan terbukti sijil atau bukti pembelian itu tersebut TIDAK BOLEH ditukar kepada emas fizikal. Tatkala itu, bagi saya transaksi ini bermasalah dari sudut hukum Islam.

Jika sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada proses ‘Taqabud al-hukmi' yang disyaratkan dalam jual beli item ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam kes ini antara emas dan wang Ringgit Malaysia.

KESIMPULAN

Bagi sesiapa yang ingin membuka akaun ini, saya nasihatkan menyemak terlebih dahulu perkara yang telah saya sebutkan di atas. Ditambah pula, akaun pelaburan emas dan kijang emas ini tidak diletakkan di bawah skim pelaburan Islam maybank dan public bank. Ia sekali lagi menimbulkan tandatanya. Saya tidak ada kemudahan untuk menyemak hal itu ketika ini kerana kesukaran komunikasi dengan pihak bank terbabit, terutamanya berada di perantauan.

Jika anda sudah punyai jawapan kepada syarat dan persoalan yang saya utarakan di atas. Baik jika dapat anda memaklumkan kepada saya dengan tepat dan jitu. Saya juga berminat untuk membuka akaun ini jika semua persoalan di atas telah LULUS.

TEKNIK USING OTHER PEOPLE MONEY UNTUK JANA PENDAPATAN

Disini ingin saya tunjukkan bagaimana cara untuk jana pendapatan dengan menggunakan teknik ini..

Azmi telah membeli 1 jongkong emas 100g dengan nilai RM14,000.00 pada 1/1/2010.
Nilai marhun = RM140/gram
Impak kenaikkan harga emas = 30% setahun.

Bagaimana anda boleh menjana pendapatan?

100g = RM14,000.00
1g = RM140.00

RM140.00 x 30%/12 bulan
= rm3.5 (anggaran purata kenaikkan harga emas setiap bulan)

Pajak emas di Ar-Rahnu dengan nilai pinjaman 70%.

= RM14,000.00 x 70%
= RM9,800.00 (terpulang pada anda untuk menggayakan duit yang dipinjam tadi)

Pada 7/2/2010 harga emas telah berubah dan naik seperti yang dijangkakan dan Azmi sekali lagi telah membuat overlap di Ar-Rahnu.

Jadi Azmi layak untuk mendapat lebihan sebanyak :-

= 100g x rm3.5
= RM350.00 (Ini adalah jumlah sebelum ditolak dengan upah simpan)

Untuk keterangan lanjut berkenaan teknik ini boleh berhubung terus dengan saya.

*cuba anda bayangkan sekiranya anda ada memiliki 1000g emas atau 10,000g emas?renungkanlah kuasa emas terhadap matawang kita.emas tetap pada nilai berat yang sama tetapi pada nilai wang fiat yang berbeza.jadi apa tindakan anda?ingat lah.bukan kuantiti yang kita cari tapi tindakan yang diambil perlu kita fikirkan.....

Friday, October 8, 2010

SIAPAKAH YANG PERLU MEMBUAT PELABURAN EMAS?

Assalamualaikum dan salam bakal jutawan.

Berjumpa kita sekali lagi.Ada sesetengah orang mengatakan yang pelaburan emas hanya dibuat oleh orang kaya ataupun orang yang sederhana yang kadang-kadang kesempitan wang.
Tapi siapakah yang sebenarnya orang yang perlu membuat pelaburan emas?

Disini ingin saya menegaskan semua orang adalah prospek perlu membuat pelaburan emas.Sebenarnya bukan jumlah atau pun kuantiti banyak atau sedikit yang ingin dilihat tetapi apakah tindakan yang diambil.Pelaburan emas tidak mengenal samada orang itu kaya atau miskin,peniaga atau makan gaji atau sebagainya tapi apakah tindakan yang diambil setelah mengetahui apakah itu pelaburan emas dan potensinya.

Saya pernah didatangi oleh seorang pesara tentera dimana beliau pernah bertugas di wilayah bergolak di Bosnia.Dari apa yang saya faham dalam perbualan kami tidak guna ada wang yang banyak dalam bank apabila berlakunya perang kerana hanya 1 jenis matawang asing yang akan digunakan sebagai pengganti matawang di negara tersebut setelah bank habis di bom.Tetapi pada orang yang mempunyai simpanan emas yang banyak ia tetap boleh digunakan sebagai pengganti matawang asing tersebut.

Jadi disini ia menunjukkan di sebuah negara bergolak emas masih diiktiraf maka apatah lagi sekiranya di negara yang aman damai seperti di negara kita yang aman damai ini.

*Berilmu tidak beramal/tindakan adalah satu yang sia-sia.
*Beramal/tindakan tanpa ilmu sangat bahaya.
*Ilmu + amal/tindakan = Kejayaan menanti anda.

Jadi apa yang anda tunggu lagi?

Renung-renungkanlah dan selamat melabur sambil beramal......

APAKAH ITU EMAS?

Assalamualaikum dan salam bakal jutawan.

Seperti yang anda sedia maklum emas adalah sejenis logam yang mempunyai nilai yang terbaik dikalangan logam yang lain.ianya mempunyai nilai yang tersendiri dan dikenali tidak kira di mana juga anda berada.tidak kira siapa sahaja samada tua muda semuanya mengenali emas yang bersifat mempunyai nilai yang tersendiri.

Sifat emas yang mempunyai nilai yang stabil ini amat sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja sebagai 'PROTECTION' kepada kekayaan atau harta yang diperoleh.

Disamping itu juga emas telah digunakan sebagai satu mekanisma yang boleh MENJANA pendapatan dengan menggunakan TEKNIK yang betul dan terbaik.

Jadi apa yang harus anda lakukan sekarang?

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya di 017-7626342.